3/24/11

TERBANG PAYUNG BERINJIN (FLYING PARAMOTOR)












SIPITANG KINI


Tidak semudah yang disangka,

Pada tarikh 20 march 2011, kami di tunjukan bagaimana cara pengawalan injin, tekanan injin mengikut berat badan, dorongan injin atau merasa tolakan injin dan pengawalan payung bersama dengan injin.Bila kita melihat di YOU TUBE atau rakan yang sudah beberapa kali sudah terbang keudara, terfikir diminda kita bahawa begitu senang dan mudah Paramotor ini dikendalikan, akan tetapi ianya tidak semudah yang disangkakan.Dari hasil pengalam kami berempat di Airport Malaysia Limbang, kami satu persatu di coba bagaimana mengendali Paramotor dengan betul supaya dorongan injin menolak kita kedepan menyebabkan kita secara AUTOMATIK berlari atas kekuatan dorongan mesin itu tadi dan seterusnya akan mendorong kita ke atas iaitu terbang keudara.

Disaat kita dalam pengendalian menaikan payung hinggalah kita menekan TROTLE, disini sama ada kita di dorong/ditolak oleh kuasa injin atau kita yang membawa injin.Masing-masing merasakan bagaimana rasa bebannya dan dalam masa yang sama juga kita terlari kedepan sama adalari terbongkok atau lari condong keebelakang .

Sedikit berkongsi pengalaman untuk anda apa bila tiba giliran saya mengendali Paramotor,angaran 5 langkah saya didorong injin kedepan badan saya terangkat rasa macam terhayun, rupanya sudah berada diudara, dalam masa yang singkat atas arahan Kaptin kami, saya diarahkan turun kerana didepan ada bangunan terminal dan tiang lampu lalu saya membilok kekanan lalu terkena SIDE WIND, disaat LENDING apabila TOGLE di tarik secara tak sengaja TROTLE juga tertekan menyebabkan mendarat agak laju dan mencemaskan. alhamdulillah semuanya selamat,.hasil dari pengalaman ini kami membuat analisis/menganalisa kembali dan mempelajari dari hasil kasilapan masing-masing untuk diperbaiki demi mencapai cita-cita kami dan perlu banyak latihan teori, amali disamping menjaga kesihatan mental dan fizikal juga harus tabah kuat dan berani.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home